Pages

Friday, November 26, 2010

Bukit Cahaya Seri Alam

Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam Malaysia telah dibuka kepada orang ramai pada 1986 lagi dimana taman ini terletak di Seksyen 8 Shah Alam, Selangor. Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam juga dikenali sebagai Bukit Cherakah. Keluasan taman pertanian ini seluas 817 hektar yang mana meliputi hutan simpan, empangan, taman, perkampungan dan macam-macam lagi.

Perjalanan yang tidaklah begitu jauh untuk kami untuk sampai ke destinasi yang kami tujui yang hanya memakan masa tidak sampai pun setengah jam. Walaubagaimanapun dengan hati yang berkobar-kobar dan bersemangat tinggi untuk memancing ikan di sana menjadikan diri kami tidak sabar untuk sampai ke destinasi.

Setelah sampai di tempat yang dituju, kami terpaksa menunggu hampir 10 minit untuk menggunakan bas yang mana kemudahan ini telah disediakan kepada pengunjung Bukit Cahaya Seri Alam. Hampir 4-5 kilometer kami menaiki bas dan akhirnya kami sampai tempat yang dituju iaitu Empangan Sungai Baru.


Dengan berbekalkan beberapa batang joran dan juga persiapan yang ala kadar, kami datang ke sini dengan membawa seribu harapan agar dapat membawa pulang hasil yang lumayan.


Hati sememangnya sudah tak tertahan lagi untuk melabuhkan mata kail ke dalam Empangan Sungai Baru. Ini kerana kami dapat melihat kelibat beberapa ekor spesis sebarau dan macam-macam lagi yang leka berenang tanpa menghirau kedatangan kami.


Dah tak sabar......

 Wan sempat lagi bergaya....

Ghazi senyum semacam jer......

 Dengan membawa peralatan yang lengkap, kami tanpa membuang masa untuk memasang segala kelengkapan yang diperlukan untuk memancing. Perambut sudah disediakan semasa di rumah lagi, cuma tunggu untuk memasang pada joran sahaja.


 Pepatah ada mengatakan penantian itu satu penyiksaan, begitulah rasanya bila menanti umpan disambar ikan. Walaubagaimanapun, memancing memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan juga nasib.


Disamping menunggu umpan disambar ikan, kami cuba untuk meredah hutan simpan Bukit Cahaya Seri Alam untuk menjadikan kedatangan kami di sini lebih mencabar. Keadaan hutan simpan ini sungguh indah yang mana banyak monyet bergayut di dahan-dahan pokok, semut gergasi dan macam-macam lagi.



Di akhir perjalanan, kami menemui satu denai siap dengan jeti usang

 Akhirnya kami pulang ke rumah lebih kurang pada pukul 4.30 petang dengan menaiki bas yang disediakan disini. Nasib kami disini tidak berapa baik kerana tidak mendapat banyak hasil. Namum kami tetap bersyukur kerana dapat mendaratkan ikan spesis sebarau di sini. Foto kami tidak dapat sediakan kerana terlalu teruja untuk mendaratkannya.

No comments:

Post a Comment