Jeti Pak Harun terletak di Tanjung Harapan, Klang. Saje nak buang masa ngan nak hilangkan stress ngan kawan-kawan, so lepak dan try mencuba nasib dekat jeti nie mane la tau dapat ikan besar. Tapi yang masalahnye nak masuk pegi memancing kat jeti Pak Harun nie kena collect RM5 bagi setiap pancing. Nie yang rasa berat hati je nak bayar. Mane la tau tak de rezeki malam tu....hangus 5 hinggit.....
Berada di luar jeti pukul 1130 pm
Jeti Pak harun nie bleh dikatakan famous la jugak sebab kebanyakan orang tau tempat tu. Tapi kena tengok gak time. Sebab kalau nak memancing ikan nie kena tau air pasang ke surut. Kalau pegi masa air surut memang menyakitkan hati lorrr. Alhamdulillah la masa kami pergi kat jeti nie air dah pasang. Ape lagi memang tak sabar lorr nak baling mata kail dalam laut tu.
Cepat lorr Goree tak sabar dah nie
Siap je setup sume sekali misi untuk menguji kesabaran dan kealertan pun bermula.....
Aduyai...jauh termenung tu Goree
Tunggu punya tunggu punya tunggu, akhirnya berbaloi jugak.....
Tarik broo jangan bagi terlepas plak
Bleh laaaa
Masalah plak...honest la, aku takut nak buang mata kail dari mulut ikan. Tak kira la ikan tu ada sengat ke tak de sengat ke same je. Tetap takut gak...hehehehe...
Rilek la Pali...sabor-sabor
Giliran Goree plak yang dapat ikan
Haaa...kan dah dapat tu Pali....sabor mesti dapat punye
Hang Wan ape dah jadi? asyik sangkut pastu putus...ape barang
Peribahasa kata orang tamak selalu rugi...dah dapat sikit sorang kecuali si Wan yang asyik sangkut ngan putus je tali tu...kami pun beredar dari jeti Pak Harun lebih kurang jam 3 am.
Hasil tangkapan
Tekah Borink
Saturday, November 27, 2010
Friday, November 26, 2010
Bukit Cahaya Seri Alam
Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam Malaysia telah dibuka kepada orang ramai pada 1986 lagi dimana taman ini terletak di Seksyen 8 Shah Alam, Selangor. Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam juga dikenali sebagai Bukit Cherakah. Keluasan taman pertanian ini seluas 817 hektar yang mana meliputi hutan simpan, empangan, taman, perkampungan dan macam-macam lagi.
Perjalanan yang tidaklah begitu jauh untuk kami untuk sampai ke destinasi yang kami tujui yang hanya memakan masa tidak sampai pun setengah jam. Walaubagaimanapun dengan hati yang berkobar-kobar dan bersemangat tinggi untuk memancing ikan di sana menjadikan diri kami tidak sabar untuk sampai ke destinasi.
Setelah sampai di tempat yang dituju, kami terpaksa menunggu hampir 10 minit untuk menggunakan bas yang mana kemudahan ini telah disediakan kepada pengunjung Bukit Cahaya Seri Alam. Hampir 4-5 kilometer kami menaiki bas dan akhirnya kami sampai tempat yang dituju iaitu Empangan Sungai Baru.
Dengan berbekalkan beberapa batang joran dan juga persiapan yang ala kadar, kami datang ke sini dengan membawa seribu harapan agar dapat membawa pulang hasil yang lumayan.
Hati sememangnya sudah tak tertahan lagi untuk melabuhkan mata kail ke dalam Empangan Sungai Baru. Ini kerana kami dapat melihat kelibat beberapa ekor spesis sebarau dan macam-macam lagi yang leka berenang tanpa menghirau kedatangan kami.

| Dah tak sabar...... |
Wan sempat lagi bergaya....
Ghazi senyum semacam jer......
Dengan membawa peralatan yang lengkap, kami tanpa membuang masa untuk memasang segala kelengkapan yang diperlukan untuk memancing. Perambut sudah disediakan semasa di rumah lagi, cuma tunggu untuk memasang pada joran sahaja.
Pepatah ada mengatakan penantian itu satu penyiksaan, begitulah rasanya bila menanti umpan disambar ikan. Walaubagaimanapun, memancing memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan juga nasib.
Subscribe to:
Comments (Atom)